Friday, 13 November 2015

Takkan selamanya kita nak macam ni

Sekarang ni kos sara hidup dah semakin meningkat.. Harga barang dah semakin mahal.. Kena Caj Perkhidmatan lagi... Kena Caj GST lagi.. Harga tol yang dah lama tak naik pun sekarang dah naik... Kadang-kadang harga minyak turun, tapi selalunya harga minyak naik.. 

Bila dah harga minyak naik, harga barang-barang lain pun cepat jer naik.. Tapi bila harga minyak turun, harga barang tak reti-reti nak turun... Tetap dengan harga tu juga... 

Tapi bila harga minyak naik jer balik, harga barang terus ambil kesempatan -->> naik lagi...  Lagi... lagi... dan lagi... Dan perkara tersebut terus berlarutan sehingga sekarang... 

Kesimpulannya, harga barang ni yang degil.. Tak reti nak turun-turun.. Tekanan darah rakyat Malaysia ni jer yang sekejap naik dan sekejap turun... Geram tengok keadaan tersebut.. Tapi, apakan daya kita hanya mampu melihat... Sebab tak mampu nak mengubah keadaan seperti yang kita inginkan..



Seimbangkan Perbelanjaan Dan Pendapatan Untuk Menyeimbangi Kos Sara Hidup  

Untuk menyeimbangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.. Kita kena buat sesuatu.. .. Kena ada plan tindakan dan pencegahan...

Hidup zaman sekarang ni dah tak boleh sama seperti dulu ...Kerja Makan Gaji.. Kemudian tunggu duit gaji masuk tiap-tiap bulan.. 

Dengan duit gaji tersebutlah nak kena Bayar Sewa Rumah, nak bayar ansuran Bulanan Kereta, nak bayar Pinjaman Peribadi@Hutang, nak bayar duit Pengasuh Anak, nak bayar bil elektrik, bayar bil air, isi minyak kereta, bayar Bil astro, Bil internet, Bil telefon/top up, Keperluan dapur@duit makan harian, Belanja Sekolah anak-anak, bayar Duit Kutu, Hantar Duit Ke kampung, Zakat dan Sedekah, Simpanan  dan sebagainya..

Baru jer sehari dapat gaji.. Duit dalam akaun bank dah tinggal beberapa ratus jer.. Sebabnya semua benda nak kena bayar.. 

Setiap bulan menghadapi perkara yang sama.. ... Huh.. Inilah cabaran hidup zaman sekarang... Tak boleh lagi nak disamakan dengan kehidupan sebelum ini... Keadaan sekarang dah berubah..



JOM BERTUKAR KE ONEXOX







sumber : http://contestonexox.blogspot.my/

4 comments:

  1. ramai dah bertukar ke onexox ni..tapi ciktie masih berkira2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik tie nk guna onexox boleh pm/whatsapp : 013-2209628

      Delete
  2. ape klbihan guna onetox ni ehh? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh baca kata sini:) -http://macammacamproduk.blogspot.my/2015/09/simcard-super-jimat.html

      Delete